[TERKINI] 11 kes rabies kalangan manusia dilaporkan sejak Jan 2023

2023-05-16 1

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, mengumumkan bahawa sebanyak 11 kes rabies telah dilaporkan di Sarawak sejak 1 Januari 2023 hingga semalam. Daripada jumlah tersebut, sembilan kes melibatkan kematian. Ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan 59 kematian.